Mohamad Ridhwan Abu Bakar, 22, dari Kampung Kempadang di sini terjatuh kira-kira pukul 3 petang ketika mencantat sotong.

Pengarah Maritim negeri, Laksamana Muda Maritim Datuk Zulkarnain Mohd. Omar berkata, pihaknya melalui Pusat Operasi Maritim negeri menerima panggilan melalui MERS 999 berhubung kejadian tersebut.

“Sebaik sahaja menerima aduan berkenaan, operasi mencari dan menyelamat diaktifkan. Menurut rakannya Mohd. Zamree Jamaluddin, mangsa dikatakan terjatuh dan cuba diselamatkan namun gagal serta hilang daripada pandangan.

“KM Tatau yang sedang beroperasi diarahkan ke lokasi kejadian. Selain itu, Cawangan Operasi Udara Maritim juga menghantar sebuah pesawat udara bagi membuat pencarian sekitar lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zulkarnain, sehingga kini mangsa belum ditemukan dan oeprasi pencarian diteruskan. - UTUSAN ONLINE