Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 malam itu, mang­sa, Abdul Bari Asyraf Mohd., 31, dari Kampung Panji di sini dikatakan sedang memancing bersama rakan-rakannya sebelum dikejutkan dengan insiden kereta terjunam berkenaan.

Tindakan pantas mangsa bersama lima orang awam lain yang berada berdekatan berjaya menyelamatkan Suryati Rusly, 37; Nordiana Alwani Jaafar, 33; Asmaa Rusly, 23; Syafawani Jaafar, 11, dan Iman Nur Hana Luthfia Mohd. Amiruddin yang berusia tiga tahun

Setakat pukul 6 petang ini, Abdul Bari masih belum ditemukan, bagaimanapun pasukan penyelamat telah berjaya menaikkan kenderaan pacuan empat roda terbabit.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Malaysia (JBPM) Terengganu, Mohd. Mazimi Mohamad berkata, operasi mencari dan menyelamat itu digerakkan pada pukul 9.51 malam dengan kekuatan 24 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi.

Katanya, anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan pihak marin melakukan penca­rian di permukaan air dan selaman.

“Berdasarkan maklumat daripada semua terlibat, kereta itu dikatakan tersalah masuk gear dan semasa pemandu menekan pedal minyak, kenderaan pa­cuan empat roda tersebut terus terjunam ke dalam sungai dalam keadaan mengundur,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Mohd. Mazimi memberitahu, mangsa yang merupakan penduduk tempatan itu kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan lanjut.