Kemalangan berlaku pukul 12.40 tengahari semasa mangsa, Muhammad Affiq Aiman Mohd. Ghadzi, 19, yang berseorangan dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Said Ibrahim berkata, setiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa dikatakan hilang kawalan dan terbabas sebelum terlanggar besi penghadang jalan menyebabkan kenderaan terbabit terbalik dan rosak teruk.

“Mangsa yang beralamat di Batu 4, Kampung Kenjong, 17040 Pasir Mas, Kelantan patah pinggul dan patah kaki kanan kemudian dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.

“Kita terima panggilan kira-kira kurang pukul 7.40 malam dari pihak Hospital Kemaman yang memaklumkan mangsa telah meninggal dunia dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987. - UTUSAN ONLINE