Mangsa berusia 20-an yang masih belum dikenal pasti identitinya itu ditemukan pengawal keselamatan di aras bawah bangunan pada pukul 1.30 pagi setelah dimaklumkan oleh pelajar yang terdengar satu bunyi dentuman 'objek' terjatuh.

Difahamkan ketika ini para pelajar sedang bercuti pertengahan semester dan sempena perayaan Deepavali selama seminggu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk tujuan dibedah siasat. - UTUSAN ONLINE