Kemalangan berlaku kira-kira pukul 2.30 petang itu menyebabkan Mohamad Husaini Sazali, 19, yang membonceng motosikal jenis Yamaha Lagenda, maut di tempat kejadian sementara penunggangnya, Aliff Najwan Mohd Noor Zaidi, 19, mengalami kecederaan kaki kiri.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan awal mendapati, imam masjid berusia 51 tahun yang memandu kereta jenis Proton Wira, sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Jawa dari arah Bota Kanan.

“Motosikal dinaiki mangsa juga dari arah Bota Kanan tetapi menuju ke Teluk Intan. Namun, apabila tiba di tempat kejadian, semasa kereta tersebut hendak masuk ke simpang sebelah kanan, motosikal yang datang dari arah belakang, dipercayai cuba mengelak tetapi terlanggar juga kereta tersebut di bahagian hadapan sebelah kanan.

“Ekoran kemalangan itu, pembonceng motosikal yang maut di tempat kejadian dan rakannya yang cedera, masing-masing dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat dan rawatan lanjut sementara pemandu kereta tersebut tidak cedera,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kes disiasat di basah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE