CHE MOHAMMAD SAYUTI
CHE MOHAMMAD SAYUTI

Mayat mangsa, Che Mohammad Sayuti Che Jusoh, 20, pelajar jurusan Teknologi Pembuatan Plastik ditemukan kira-kira pukul 1 pagi ini, iaitu kira-kira sejam selepas kejadian.

Mangsa yang berasal dari Kampung Seberang Pintasan Dungun bersama rakannya, Mohd Syafiq Yusni, 21, dikatakan memancing di kawasan longkang besar terbabit yang terletak tidak jauh dari rumah sewa mereka.

Menurut Mohd Safiq, mangsa yang berdiri di tepi longkang sedang membetulkan tali pancingnya yang kusut sebelum tergelincir, dan terhumban ke dalam longkang setinggi dua meter. dari permukaan air.

“Saya tidak berani untuk turun kerana keadaan gelap, dan longkang pula besar dan dalam, tambahan pula saya juga tidak pandai berenang.

“Selepas melihat dia tidak timbul, saya terus jerit memanggil orang kampung dan mereka terus menelefon pihak bomba “ katanya.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cukai, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Yahaya Hanapi berkata, pihaknya terpaksa menggunakan khidmat Pasukan Penyelamat Di Air (PPPDA) untuk membuat selaman sedalam empat meter, dan menemukan mayat mangsa di dasar. - UTUSAN ONLINE