Kejadian pada pukul 8 pagi itu berlaku ketika wanita berusia 43 tahun itu sedang membersihkan mesin berkenaan sebelum ia beroperasi secara tiba-tiba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Rafeel Hairul Richard berkata, wanita terbabit terpaksa menahan sakit lebih dua jam sebelum menghubungi pihak bomba untuk bantuan.

Katanya, kakitangan di kilang berkenaan cuba mengeluarkan sendiri tangan mangsa dan menghubungi ambulans namun usaha mereka gagal.

“Selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.16 pagi, sepasukan anggota bomba dihantar ke tempat kejadian bagi membantu mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit.

“Anggota kemudiannya membuka mesin tersebut dan mengeluarkan mata pengisar dengan menggunakan pemotong hidraulik sebelum menarik keluar tangan wanita itu secara perlahan,” katanya. - UTUSAN ONLINE