Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, lelaki warga Bangladesh berusia 34 tahun itu sedang melakukan kerja pembaikan longkang di taska terbabit.

Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.38 pagi dan sebanyak enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba, kita mendapati separuh badan mangsa dihempap batu. Mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan bantuan mesin pengorek atau ‘backhoe’ untuk mengangkat kepingan pagar batu.

“Mangsa hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE