Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mustafa Bakri Salleh berkata, mayat Salleh Mahmod, 61, dibawa ke Hospital Pontian untuk bedah siasat.

Katanya,  mangsa dipercayai menaiki bot kecil seorang diri dari Jeti Nelayan Tampok kira - kira pukul 4 pagi tadi.

"Ketika cuba menaiki bot mangsa telah tergelincir.
    
"Disebabkan arus deras, mangsa telah dihanyutkan air ke arah laut," katanya. - UTUSAN ONLINE