Kejadian yang berlaku berhampiran Taman Tun Aminah petang tadi itu tular dalam media sosial selepas dimuat naik beberapa saksi yang menyaksikan insiden itu.

Bagaimanapun keadaan penunggang motosikal berkenaan tidak dapat dipastikan.

Menurut saksi kejadian, kereta terbabit dipercayai berhenti di lorong kanan akibat rosak sebelum dirempuh motosikal selepas memotong beberapa buah kereta yang bergerak perlahan.

Kejadian itu menyebabkan kesesakan sementara di kedua-dua arah Jalan Skudai. - UTUSAN ONLINE