Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, Athierah Batricesya Azizi, 11, meninggal dunia di tempat kejadian manakala abangnya, Amzar Hazieq Azizi, 18, mengalami cedera ringan di bahagian kaki kiri.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly

KEADAAN motosikal yang dinaiki dua beradik dalam kemalangan maut
KEADAAN motosikal yang dinaiki dua beradik dalam kemalangan maut 

Yahya berkata, ketika kejadian, mangsa menaiki motosikal bersama abangnya untuk ke sekolah di kawasan Bukit Bandaraya, di sini.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku selepas sebuah teksi jenis Proton Persona yang dipandu seorang lelaki berusia 59 tahun dari arah pusat beli-belah Mid Valley Megamall telah memasuki simpang Jalan Tanduk secara tiba-tiba sebelum merempuh motosikal jenis Yamaha FZ yang dinaik kedua-dua mangsa.

“Rempuhan tersebut telah mengakibatkan mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut Zulkefly, mayat mangsa telah dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. Kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan menyebabkan kematian.