Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 petang itu, termometer tersebut dipercayai terjatuh di atas lantai sebelum pecah dan berkecai.

Penolong Penguasa Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang (BBP), Mohd Adni Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.35 petang dan bergegas ke tempat kejadian.

“Seramai dua penyelia dan 11 pegawai bomba serta jentera Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dari BBP Kota Bharu terlibat dalam operasi menyelamat itu.

“Pihak bomba segera menggunakan sulfur bagi menyekat aliran serta menyekat raksa itu. Pita pelekat dan lampu suluh juga digunakan bagi memastikan tiada sisa yang tertinggal.

“Operasi berakhir pada pukul 3.40 petang, kira-kira dua jam selepas kejadian dan tiada mangsa tercedera,” katanya di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE