Ketua Balai Bomba Karak, Suhairul Ibrahim berkata, mayat Sofian Sahar, 14, ditemukan kira-kira pukul 7 pagi iaitu 500 meter dari kawasan mangsa hilang.

“Hari ini air surut dan kita menemukan mayat mangsa yang berada hampir dengan tebing dalam keadaan sempurna.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Bentong,” katanya di sini hari ini.

Kelmarin, mangsa dilaporkan dikhuatiri lemas selepas hilang dibawa arus deras ketika mandi di Sungai Triang berhampiran Kompleks Agropolitan Chemomoi.

Kejadian kira-kira pukul 6.37 petang itu berlaku ketika mangsa yang sedang mandi di sungai berkenaan bersama tujuh rakannya cuba menyeberangi sungai tersebut. - UTUSAN ONLINE