Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, mayat lelaki tanpa sebarang pengenalan diri itu ditemukan oleh orang awam berhampiran Jeti Swettenham kira-kira pukul 10.30 pagi lalu mereka kemudiannya bertindak menghubungi polis marin.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jeti Pangkalan Polis Marin di Batu Uban di sini.

“Hasil pemeriksaan hanya wang RM1, kunci motosikal dan sebuah telefon bimbit ditemukan pada mangsa,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, polis masih belum menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak berhubung kejadian orang hilang sehingga hari ini. - UTUSAN ONLINE