Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Ahmad Hisham Ibrahim berkata, mayat Nor Aiman Wahidah Mohd. Rosli, 11, ditemukan kira-kira 5.8 kilometer dari lokasi kejadian.

“Jasad kanak-kanak itu ditemukan tersangkut pada perangkap sampah dalam sungai di Kampung Ulu Melaka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, jasad kanak-kanak itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE