Mangsa ialah Norma Pin, 64, dan Norzalina Baharom, 35, yang kedua-duanya beralamat di Sungai Petani, Kedah.

NORZALINA BAHAROM
NORZALINA BAHAROM 
NORMA PIN
NORMA PIN 

Kedua-dua mayat itu ditemukan oleh penduduk kampung berkenaan kira-kira pukul 9 pagi.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Nanda Maarof memberitahu, Norzalina ditemukan di Sungai Arau manakala Norma pula dijumpai kira-kira satu kilometer dari lokasi penemuan mayat pertama.

Katanya, keadaan mayat yang masih lengkap berpakaian itu ditemukan dalam keadaan terapung di tengah-tengah sungai tersebut.

“Tiada kesan kecederaan ditemukan pada tubuh mangsa. Kita masih menyiasat mengenai punca sebenar kejadian.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar untuk proses bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, seorang penduduk, Azmi Osman, 52, berkata, dia dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu di Sungai Tambung Tulang oleh anaknya sebelum mereka berdua melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Azmi berkata, semasa kejadian anaknya itu dalam perjalanan ke rumah mereka di Tambun Tulang, dengan memandu kereta.

“Berdasarkan keadaan mayat, saya percaya mangsa mungkin terjatuh ke dalam sungai tersebut malam tadi berikutan hujan lebat,” katanya. - UTUSAN ONLINE