Mayat ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 5.35 petang kira-kira sembilan meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, Mohd. Jamaluddin Mat Yusop berkata, sepasukan anggota dihantar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.18 petang semalam.

Katanya, operasi dijalankan dengan melakukan pencarian di permukaan sejauh 30 meter dari tebing lombong menggunakan dua buah bot.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa dianggotai bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selain bantuan dari pasukan penyelamat di air (PPDA) Ipoh.

“Mayat mangsa yang berjaya dijumpai dibawa naik ke tebing lombong dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 6.20 petang,” katanya.-UTUSAN ONLINE