Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mangsa lemas di Flores ‘sahabat dunia akhirat’

KUALA LUMPUR 17 April – Dua rakyat Malaysia yang ditemukan lemas di kawasan air terjun Cunca Wulang, daerah Mebeliling di wilayah Flores, Indonesia merupakan sahabat karib sejak kecil.

Kakak kepada salah seorang mangsa, Mohamad Ezzaq Azumi, 24, Fatin Nurliyana Azumi, 27, berkata, adiknya pernah memberitahu bahawa rakannya yang turut maut dalam kejadian itu, Mohamad Azfar Tahir, 24, adalah sahabatnya di dunia dan akhirat.

Menurut Fatin Nurliyana, arwah adiknya dan Mohamad Azfar yang berkawan sejak sekolah rendah berlepas ke Flores sejak 12 April lalu bersama tiga lagi rakan mereka.

“Ini bukanlah kali pertama Mohamad Ezzaq Azraf melancong bersama dua rakan yang turut terselamat dalam kejadian tersebut di kawasan semula jadi, malah terbaharu mangsa pernah bercuti di sebuah pulau di Sumatera.

“Mereka memang rapat sejak dulu lagi dan selalu dilihat bersama-sama sehinggalah Mohamad Azfar berpindah di Bagan Lalang, namun ini merupakan kali pertama mereka bercuti bersama-sama,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ditanya mengenai perkemba­ngan operasi menyelamat Allahyarham Mohamad Ezzaq Azraf dan Mohamad Azfar, Fatin Nurliyana memberitahu, pihaknya telah dimaklumkan oleh Kedutaan Indonesia di Malaysia bahawa mayat kedua-dua mangsa telah ditemukan hari ini.

Fatin Nurliyana dan seluruh ahli keluarganya mendapat berita mengenai kehilangan adiknya da­ripada kakak Mohamad Azfar yang menghubunginya semalam.

Sebaik mendengar berita sedih itu, Fatin Nurliyana menghubungi seorang lagi rakan Allahyarham Mohamad Ezzaq Azraf, Qayyum yang turut serta dalam percutian berkenaan yang turut memaklumkan perkara yang sama.

Qayyum juga, kata Fatin Nurliyana, memberitahu kejadian itu berlaku sejurus selepas Allahyarham adiknya dan pemandu pelancong, Wenseslaus Hendro Akung, 39, cuba untuk menyelamatkan Mohamad Azfar yang dipercayai lemas.

“Saya diberitahu adik saya adalah yang terakhir terjun ke dalam kolam itu selepas kesemua mangsa termasuk tiga rakan yang lain cuba untuk menyelamatkan Azfar.

“Bagaimanapun, Ezzaq, Azfar dan pemandu pelancong itu hilang dan tiga yang lain berjaya menyelamatkan diri,” katanya.

Bernama melaporkan Mohamad Ezzaq Azraf dan Mohamad Azfar adalah dua warga Malaysia yang hilang selepas terjun ke dalam kolam air itu di kawasan air terjun Cunca Wulang.

Mereka dipercayai datang ke Flores untuk bercuti hilang bersama seorang rakyat tempatan yang dipercayai pemandu pelancong yang cuba menyelamatkan mereka namun hilang sebaik terjun ke dalam kolam itu.

Tambah Fatin Nurliayana, keluarganya turut mengadakan kenduri tahlil untuk Allahyarham Mohamad Ezzaq Azraf yang merupakan anak kedua daripada empat beradik.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain