Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh berkata, kesemua mereka yang cedera telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

"Maklumat lanjut mengenai kejadian akan dimaklumkan nanti," katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, lebih 11 lokasi laporan kejadian pokok tumbang diterima pihak berkuasa akibat kejadian ribut yang berlaku itu.

Antara kawasan yang terlibat ialah Batu Lancang, Jalan Perak, Kampung Dodol, Jelutong, Gat Lebuh Macallum, Tesco Tengku Kudin, Solok Wee Hein Tze di Tanjung Bungah, Sungai Emas Batu Feringghi dan lain-lain kawasan.

Pihak-pihak berkaitan pada masa ini sedang sibuk membersihkan pokok-pokok tumbang termasuk yang menghalang lalu lintas.

Sementara itu, kejadian ribut itu juga turut mengakibatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas di sini mengalami kerosakan dengan cermin di kawasan itu pecah - UTUSAN ONLINE