Mayat ditemukan terapung kira-kira 200 meter dari tempat kejadian kira-kira pukul 1.30 petang oleh pasukan bomba sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar, Ahmad Rossyed Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.30 pagi semalam.

Beliau berkata, selain anggota polis, operasi pencarian turut disertai oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Kuala Kangsar, Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Bagan Serai serta pasukan bomba sukarela (PBS) dari Sungai Jawi dan Nibong Tebal, Pulau Pinang.

“Operasi pencarian mangsa diteruskan pada pukul 9 pagi hari ini oleh tujuh anggota Unit PPDA Kuala Kangsar sementara pencarian ‘water searching’ dilakukan oleh anggota BBP Parit Buntar dengan bantuan anggota PBS,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, mangsa yang berjaya dijumpai telah disahkan telah meninggal dunia dan operasi tamat pada pukul 3.40 petang. - UTUSAN ONLINE