Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, sekumpulan anggota dihantar ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.25 tengah hari.

Katanya, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati wanita berusia lingkungan 50-an yang memandu kereta jenis Honda Jazz cedera di kaki dan telah dikeluarkan orang awam.

“Mangsa lelaki yang memandu kereta Nissan Almera pula disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir.

“Mayat mangsa yang dikeluarkan dari kenderaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital menggunakan ambulans,” katanya. - UTUSAN ONLINE