Mayat mangsa, Jong Ah Choi, 75, ditemukan oleh penduduk yang kebetulan melalui longkang berkenaan kira-kira pukul 10 pagi.


Jurucakap bomba berkata, sepasukan anggota dihantar ke tempat kejadian selepas dimaklumkan tentang penemuan mayat mangsa pada pukul 10.18 pagi.


Katanya, pihak bomba membantu polis mengangkat dan mengeluarkan mayat di dalam parit berkenaan


“Mayat mangsa yang berjaya dibawa keluar dari longkang telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Menurut jurucakap itu, mangsa beberapa hari sebelum ini, pernah dilaporkan hilang oleh keluarganya sebelum dijumpai dalam longkang terletak kira-kira 300 meter dari rumahnya.


Katanya, punca kejadian dan jenis penyakit dihidapi mangsa belum dapat dipastikan.-UTUSAN ONLINE