Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Deputi Superintenden Bingkok John berkata, dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, mangsa, Helmio Kuling, 26, meninggal dunia di tempat kejadia akibat mengalami kecederaan parah di bahagian tangan kiri dan kecederaan dalaman.


Katanya, pelajar perempuan, Victoria Tiong Sangkan, 14, yang membonceng bersama mangsa dikejarkan ke Hospital Serian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian pinggang dan kaki.


“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 cuba memotong sebuah lori dari sebelah kiri semasa kenderaan tersebut sedang membelok masuk ke tapak projek Lebuh Raya Pan Borneo,” katanya ketika dihubungi di sini petang ini.


Beliau berkata, pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.