Lelaki itu dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini pagi tadi untuk mendapatkan rawatan selepas difahamkan gagal menanggalkan cincin berkenaan sendiri.

Pihak HPP kemudiannya terpaksa mendapatkan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat Jalan Perak yang tiba di hospital berkenaan kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Mohd. Asrul Naim Abidin berkata, pihaknya berjaya mengeluarkan cincin tersebut dalam tempoh 10 minit dan mangsa kini berada dalam keadaan stabil. – UTUSAN ONLINE