Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian terbabit pada pukul 5.24 pagi.

“Setelah sampai di lokasi, kami mendapati seorang lelaki warga Sweden cedera parah di bahagian kepala kerana jatuh dari tingkat 22.

“Anggota bomba bertugas mengambil mangsa yang terbaring di beranda dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE