Kejadian pada pukul 12.15 tengah hari itu menyebabkan mangsa yang tidak dapat dikenal pasti identitinya cedera parah di kepala dan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang memandu traktor itu yang dalam perjalanan menuju ke sebuah kebun kelapa sawit.

Katanya, semasa tiba di tempat kejadian, traktor yang dipandu lelaki itu hilang kawalan sebelum terbalik ke dalam kolam ikan dengan kedalaman 1.5 meter.

"Kemalangan itu menyebabkan kepala mangsa terhentak pada traktor sebelum kenderaan tersebut menindihnya sewaktu dia jatuh ke dalam kolam.

"Mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya di sini hari ini.

Menurut Wan Azharuddin, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat dan siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE