Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri, Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 11 malam.

"Sejurus selepas menerima maklumat, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis bergegas ke lokasi kejadian.

"Lori kontena berkenaan dinaiki dua lelaki. Seorang daripadanya maut di tempat kejadian manakala seorang lagi mengalami kecederaan," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE