Kejadian kira-kira 7.30 malam itu mengorbankan Norafandi Noradin, 37, yang dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Terah, di sini.

Ketua Polis daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, ketika sampai di tempat kejadian, mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu dipercayai tidak sempat mengelak apabila binatang itu melintas secara tiba-tiba dari arah kiri ke kanan jalan.

SEORANG penunggang motosikal maut selepas melanggar seekor babi hutan yang melintas jalan di Kilomet

SEORANG penunggang motosikal maut selepas melanggar seekor babi hutan yang melintas jalan di Kilometer 17, Jalan Gua Musang-Jeli, Gua Musang, Kelantan, semalam. - UTUSAN ONLINE

Katanya, akibat jarak terlalu dekat, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 telah terlanggar babi tersebut lalu terbabas ke kanan jalan.

“Akibat terbabas, mangsa telah terjatuh dan mengalami kecederaan di bahagian kepala.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Hospital Gua Musang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambah Mohd. Taufik, binatang itu juga turut mati dalam kemalangan tersebut.

Beliau memaklumkan, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE