Dalam kejadian kira-kira pukul 6.44 pagi, mangsa, Mohd. Sharifuddin Md. Saad, 25, memandu sendirian dari Kepala Batas menghala Butterworth sebelum keretanya hilang kawalan dipercayai akibat mengantuk.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kereta mangsa kemudiannya tercampak ke dalam tali air di kiri jalan dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat. Pihak polis juga memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian untuk tampil membantu siasatan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta pengangkutan jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE