Dalam kejadian pukul 7 pagi itu, Ramsonady Caymon, 28, maut ditempat kejadian ekoran kecederaan parah setelah tersepit di tempat pemandu.

Pemangku Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri, Asisten Superintenden Mathew Manggie berkata, kemalangan tersebut berpunca apabila pemandu Proton

Saga, Brahim Anip, 41, dipercayai terbabas ke laluan bertentangan pada satu jalan lurus menghala ke Gumbang.

“Dia yang tidak sempat mengawal kenderaannya itu merempuh sebuah Proton Wira dipandu Ramsonady yang datang dari arah bertentangan.

“Rempuhan kuat itu mengakibatkan kedua-dua mangsa ditemukan tersepit di tempat duduk masing-masing namun Ramsonady disahkan meninggal dunia ditempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, Brahim bersama seorang penumpang yang belum dikenal pasti mengalami cedera parah telah dibawa bagi menerima rawatan di Hospital Bau.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE