Kemalangan menyebabkan kesesakan teruk di Lebuhraya Damansara-Puchong
Kemalangan menyebabkan kesesakan teruk di Lebuhraya Damansara-Puchong

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa, Lim Ji Qin, 28, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta Volkswagen Polo dinaiki bersama rakannya, Tan Zi Xuan, 27, merempuh sebuah lori satu tan.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.44 pagi sebelum menghantar sepasukan bomba ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba di tempat kejadian, kereta berkenaan dalam keadaan terbakar di bahagian enjin, namun ia dapat dipadam anggota.

“Pemandu lori tidak mengalami kecederaan, manakala mangsa yang cedera serta mayat rakannya dibawa ke Hospital Serdang,” katanya dalam satu kenyataan di sini. -UTUSAN ONLINE