Mohd. Izmain Sardi
Mohd. Izmain Sardi

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 itu, Mohd. Izmain Sardi, 31, maut di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah di badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintenden Mohamed Sazif Mohamed Subri berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa cuba mengelak sebuah kenderaan yang ingin membelok ke simpang di sebelah kiri jalan.

"Tindakan mangsa mengelak kenderaan tersebut menyebabkannya memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori.

"Perlanggaran tersebut menyebabkan mangsa mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori berkenaan hanya mengalami cedera ringan," katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE