Mangsa yang maut dalam kemalangan kira-kira pukul 4 pagi itu ialah Chan Tian Lai, 47, manakala pemandu bas ekspres berkenaan bersama pemandu kedua dan 13 penumpang tidak mengalami kecederaan

Ketua Polis daerah, Superintenden Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, kemalangan berlaku

ketika bas ekspres tersebut dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan menuju ke Kuala Lumpur manakala kereta jenis Proton Wira dipandu mangsa dari arah bertentangan.

“Apabila tiba di tempat kejadian, kereta berkenaan memasuki laluan bas itu dan pemandu kenderaan tersebut tidak sempat membrek serta mengelakkannya kerana jarak terlalu dekat menyebabkan berlaku pelanggaran.

“Kemalangan itu mengakibatkan pemandu kereta Proton Wira tersepit dan dikeluarkan oleh anggota bomba. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu bas, pemandu kedua dan kesemua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Wan Mohd. Zahari, siasatan awal mendapati semasa kejadian keadaan gelap tidak berlampu, jalan lurus satu lorong dua hala dan permukaan jalan kering.

“Siasatan lanjut sedang dilakukan termasuk menjalankan ujian air kencing ke atas pemandu bas dan sampel darah kedua pemandu terlibat juga akan diambil.

“Ke disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - UTUSAN ONLINE