Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, mangsa Mohd. Jelani Azmi, 59, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, ketika kejadian dalam hujan renyai-renyai itu, mangsa menunggang motosikal dari arah Padang Menora menuju ke Guar Perahu manakala kereta yang dipandu remaja berusia 19 tahun itu dari arah bertentangan.

“Kereta itu dipercayai memasuki laluan motosikal sebelum bertembung dengan mangsa yang menunggang sendirian dalam hujan renyai.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat manakala remaja yang berasal dari Jalan Dua Pulau Pinang itu tidak cedera.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1)Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE