Dalam kejadian kira-kira pukul 2.05 minit petang itu, mangsa yang berusia 29 tahun dikatakan tinggal berseorangan di rumah itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, sepasukan 15 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira pukul 2.10 petang.

Katanya, punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

SEPASUKAN anggota bomba memadamkan kebakaran di sebuah rumah di Kampung Teluk Pasu, Manir di sini. -

SEPASUKAN anggota bomba memadamkan kebakaran di sebuah rumah di Kampung Teluk Pasu, Manir di sini. - UTUSAN ONLINE

Sementara itu, bapa mangsa, Syed Uluwi Tuan Baru berkata, sejak kebelakangan ini anaknya bersikap agresif, jadi dia terpaksa menempatkan mangsa berasingan di rumah lain.

“Saya dapat tahu kebakaran ini dalam pukul 2.15 petang, semasa tiba api sudah marak. Alhamdulillah, saya nampak anak saya ada di luar dalam keadaan selamat.

“Kita tinggalkan dia di sini sebab sikapnya akhir-akhir ini agresif dengan saya,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Menurut Syed Uluwi, kebakaran itu turut melibatkan sebuah motosikal. - UTUSAN ONLINE