Mangsa, Mohamad Zaini Ahmad, 27, dijumpai pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Penyu pada pukul 9 pagi.

Jabatan itu dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 15 anggota SAR dikerahkan semula pada pukul 8 pagi ini selepas ditangguhkan pada pukul 11 malam tadi.

“Sejam kemudian, mangsa berjaya ditemukan oleh pasukan PPDA dan disahkan meninggal dunia.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 9.30 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE