Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, mangsa, Juani Mohd, 61, hilang ketika sedang menarik jaring pada kedudukan kira-kira satu batu nautikadari pesisiran pantai.

"Anak mangsayang keluar menjaring ikan bersama mangsa berkata, ayahnya tiba-tiba hilang dari pandangan beliau ketika sedang menarik jaring dan dipercayai lemas.

Beliau kemudian bertindak menghubungi bomba," katanya di sini, hari ini

Menurut Mohd. Sani, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.05 petang dan sebuah jentera bersama tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting dikerahkan ke tempat kejadian.

Katanya, gerakan mencari dan menyelamat disambung semula pagi ini dengan bantuan tiga buah bot, bersama 29 anggota terdiri daripada anggota bomba dan penyelamat, polis serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Beliau berkata, pihaknya juga telah memaklumkan kepada nelayan-nelayan tempatan supaya menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mereka menjumpai mangsa.- BERNAMA