Dalam kejadian pada pukul 2.45 pagi itu, lelaki berusia 47 tahun itu yang memandu kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux disahkan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, kejadian berlaku semasa sepasukan anggota polis sedang melakukan rondaan di Jalan Pasir Puteh dan menemukan kenderaan tersebut yang dipandu dalam keadaan bahaya dan mencurigakan.

Katanya, pihak polis cuba menahan kenderaan itu untuk pemeriksaan namun pemandunya melarikan diri dengan memecut kenderaannya.

“Apabila sampai di tempat kejadian iaitu lebih kurang enam kilometer dari pekan Pasir Puteh, kenderaan tersebut hilang kawalan semasa melalui selekoh dan terbabas masuk ke dalam parit.

“Pemeriksaan mendapati pemandu kenderaan itu maut di tempat kejadian dan mayatnya telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat,” katanya. - UTUSAN ONLINE