Mayat mangsa, K. Kalidasan, 33, ditemukan kira-kira pukul 8 malam oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) selepas dia dilaporkan terjatuh ke dalam sungai itu kira-kira pukul 6.15 petang tadi.

Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berkata, mayat mangsa ditemukan oleh pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat kira-kira 15 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

“Mayat kemudiannya dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk dibedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian tersebut, mangsa dikatakan sedang membersihkan jala di tebing sungai itu sebelum dia tergelincir dan tenggelam. - UTUSAN ONLINE