Mangsa, Zaharuddin Mohd. Nor, dikatakan tergelincir ke dalam gaung sedalam kira-kira 50 meter ketika pergi ke kebun buah-buahan berhampiran bersama seorang rakannya kira-kira pukul 7 pagi.


Pegawai Bomba Kanan II, Abd. Halim Mohd. Yusof dari Balai Bomba Kuala Pilah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada rakan mangsa kira-kira pukul 8.03 pagi dan bergegas ke tempat kejadian dengan dua buah jentera bersama lapan anggota.


Katanya, pihaknya turut mendapat bantuan daripada Balai Bomba Seri Menanti dan pasukan dari Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) serta polis.


“Pasukan penyelamat telah menggunakan pengusung untuk membawa mangsa naik ke atas lereng bukit sebelum dikejarkan ke HTAN.


“Berdasarkan pemeriksaan awal, mangsa mengalami kecederaan di bahagian pinggang menyebabkan dia tidak mampu bangun,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE