Antaranya melibatkan murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort, SK Kopok, SK Kota Masai 1 dan SK Pasir Gudang 4.

Difahamkan mereka mendapat bantuan daripada pihak bomba sebelum dihantar ke klinik kesihatan untuk rawatan dan saringan kesihatan.

Seramai 40 anggota kesihatan di klinik kesihatan berkenaan bertugas memberikan rawatan dan bantuan kepada mangsa pencemaran tersebut.

Dalam pada itu, seorang netizen dipercayai ibu kepada seorang mangsa, Nor Izah Ahmad meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap insiden itu.

Menerusi Facebooknya dia hairan dengan kes pencemaran udara di Pasir Gudang yang masih tidak selesai sehingga kini.

“Sampai bila kes nak selesai, sampai bila anak-anak nak tanggung kesakitan, ambik darah ja memanjang tapi tak dapat keputusan lagi.

“Darah dah berbotol-botol ambik, kalau anak saya saja-saja buat (pura-pura muntah, loya dan sakit kepala) kenapa nak ambil darah, air kencing, masuk air bagai baik suruh balik aje,” tulis Nor Izah dalam Facebooknya. - UTUSAN ONLINE