Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

lebih 20 terkorban dalam kebakaran pusat tahfiz

KUALA LUMPUR 14 SEPTEMBERF 2017 - Kenderaan pasukan polis membawa 2
KUALA LUMPUR 14 SEPTEMBERF 2017 - Kenderaan pasukan polis membawa keluar beberapa jenazah pelajar tahfiz daripada 25 0rang yang terlibat dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran, Ittifaqiyah Datuk Keramat di sini, hari ini. GAMBAR : AZLAN HADI ABU BAKAR / PEMBERITA : UTUSAN/KOSMO

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Sekurang-kurangnta 24 pelajar dan tenaga pengajar dilaporkan maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelemat Kuala Lumpur, Penolong Pesuruhjaya Bomba Abu Obaidat Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.41 pagi sebelum lima jentera bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kejadian kebakaran didapati berlaku di tingkat dua bangunan tersebut dan api dapat dikawal pada pukul 6.15 pagi sebelum padam sepenuhnya pada pukul 6.45 pagi.

“Kerja mencari dan menyelamat masih dijalankan. Setakat ini, kira-kira 23 mayat telah dikeluarkan manakala lima lagi yang terselamat cedera,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Abu Obaidat, satu sidang akhbar akan dibuat oleh Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim di lokasi kejadian sebentar lagi. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain