Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, kesemua rumah berkenaan musnah dan usaha memadam api masih giat dijalankan.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.58 petang dan terus bergegas ke lokasi kejadian dalam jarak dua kilometer.

“Berdasarkan maklumat awal, kebakaran melibatkan kawasan perumahan setinggan atas air dan setakat maklumat yang diperolehi, lebih 10 buah rumah terlibat dalam kebakaran itu.

“Anggota bomba masih melakukan operasi pemadaman dan bantuan dari Balai Bomba Daerah Kunak dan Tawau telah diarahkan untuk ke tempat kejadian, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan. - UTUSAN ONLINE