Menurut laman Facebook Info Sibu, difahamkan pembatalan penerbangan-penerbangan tersebut adalah disebabkan lampu landasan yang gagal berfungsi.

Situasi itu telah menyebabkan keadaan di lapangan terbang berkenaan sesak dan kecoh.

Laman Facebook tersebut menyatakan kemungkinan penerbanhan yang dibatalkan itu akan berlepas esok pagi.

 

"Kepada yang terlibay diharap bersabar. Keselamatan yang penting, semoga dipermudahkan," tulis pemilik laman Facebook tersebut. - UTUSAN ONLINE