Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, mayat Mohd. Khairul Azhar Mat Arik, 29, ditemukan kira-kira 1.45 petang oleh pasukan mencari dan menyelamat.

"Operasi yang dipecahkan kepada tiga kumpulan itu dilakukan dari Jambatan Pulau Pinang dari lokasi mangsa jatuh selain di setiap tiang bahagian bawah pelantar jeti pelabuhan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan Mohd. Khairul yang sedang mengecat di kawasan itu terjatuh dalam laut dari atas jambatan yang menghubungkan antara pelantar kargo dengan darat.

Seramai 20 anggota dan pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Perai melakukan usaha mencari mangsa sejak dia dilaporkan hilang dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Maritim Malaysia (APMM). - UTUSAN ONLINE