Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 12 tengah hari menyebabkan mangsa yang berusia 24 tahun cedera pada dada kiri akibat tertembak senjata api jenis HK MP5.

Menurutnya, siasatan mendapati senjata tersebut tidak diletakkan pada kedudukan kunci selamat ketika kejadian.

"Senjata tersebut tiba-tiba meletup dan melepaskan satu das tembakan dipercayai akibat tertekan picu ketika mangsa ingin meletakkan tali senjata ke badan.

"Mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Bainun di Ipoh untuk rawatan lanjut dan keadaannya stabil," katanya, di sini hari ini.

Mohamad Zainal berkata, mangsa yang berasal dari Melaka memulakan tugasnya di IPD Perak Tengah pada September 2016. - UTUSAN ONLINE