Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada orang awam kira-kira pukul 6.17 pagi.

"Ketika sampai di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah kilang jenis kelas A dan kebakaran sedang merebak ke kilang sebelah.

"Anggaran peratusan kemusnahan kebakaran hampir 100 peratus di kilang tersebut," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kerja-kerja pemadaman dan pengawalan api sedang dilakukan.

"Tiada mangsa dilaporkan terlibat," katanya. - UTUSAN ONLINE