Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, Muhammad Hazrin Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian terbabit pada pukul 10.37 malam dan operasi terbabit melibatkan BBP Sungai Buloh, BBP Damansara, BBP Kota Anggerik dan BBP Selayang.

“Kilang dengan keluasan 100x30 kaki persegi tersebut musnah 80 peratus. Bagaimanapun, tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau, seramai 27 anggota bomba dan 15 sukarelawan terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran tersebut.

Tambahnya, punca kejadian masih belum lagi dapat dikenal pasti. - UTUSAN ONLINE