Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kerja tiga hari seminggu

Cadangan dilontarkan oleh ibu tunggal dalam sesi dialog TN50

Khairy Jamaluddin bersama Shahrizat Abdul Jalil (empat dari kanan) bersalam dengan peserta Sesi Dial
Khairy Jamaluddin bersama Shahrizat Abdul Jalil (empat dari kanan) bersalam dengan peserta Sesi Dialog TN50: Wanita Pemacu Negara di Plaza Vads, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, malam tadi. – AMIN FARIJ HASAN

KUALA LUMPUR 15 Mei - Bekerja hanya tiga hari dalam seminggu merupakan antara idea atau cada­ngan yang dikemukakan dalam sesi Dia­log Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Akademi MyWin malam ini.

Idea yang dilontarkan oleh seorang ibu tunggal itu bukan sahaja menarik perhatian peserta dialog tetapi juga Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Peserta yang hanya memper­kenalkan dirinya sebagai Lau­rance itu menjelaskan cadangan tersebut bukanlah disebabkan dia malas bekerja sebaliknya kerana mempunyai alasan tersendiri.

“Hari cuti pertama ialah masa untuk keluarga manakala hari cuti kedua pula untuk bersama dengan rakan-rakan. Hari cuti ketiga saya percaya untuk perhubungan ter­u­tamanya bagi ibu tunggal seperti saya dan hari keempat ialah masa untuk diri sendiri.

“Saya sanggup untuk tidak menerima kenaikan gaji atau seumpa­manya, asalkan hanya tiga hari bekerja sahaja. Kenapa tiada polisi untuk ibu tunggal bekerja tiga hari sahaja,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh peserta.

Yang turut hadir dalam program dialog bertajuk TN50: Wa­nita Pemacu Negara itu ialah Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri.

Mengulas mengenai idea itu, Khairy memberitahu, beliau akan membawanya kepada pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada mesyuarat Kabinet Rabu nanti.

“Saya akan kata saya juga mahu kerja tiga hari sahaja. Saya akan dengar apa jawapan beliau kepada saya,” ujar Khairy yang disambut gelak tawa peserta.

Selain itu, cadangan lain yang diutarakan peserta antaranya juga supaya bahasa Melayu diperkasa dan tulisan jawi dihidupkan kembali.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain