Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kereta mengundur langgar pelanggan gerai

Sebuah kereta dipandu seorang wanita yang sedang mengundur di Lorong Baru, George Town di sini merem
Sebuah kereta dipandu seorang wanita yang sedang mengundur di Lorong Baru, George Town di sini merempuh empat buah gerai dan menyebabkan seorang wanita parah dalam kejadian pukul 6.35 petang tadi.

PULAU PINANG 19 Mei - Seorang pejalan kaki parah selepas sebuah kereta yang sedang dalam keadaan mengundur merempuh empat gerai di Lorong Baru di sini hari ini.

Dalam kejadian kira -kira pukul 6.35 petang tadi, kereta jenis Hyundai yang dipandu seorang wanita itu sedang mengundur dari Jalan Macalister untuk masuk ke lorong berkenaan yang menempatkan lebih 10 gerai.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, ketika kejadian terdapat empat orang pelanggan sedang makan di situ.

Katanya, tiga mangsa cedera ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar manakala pejalan kaki wanita yang berusia 59 tahun dirawad di wad kecemasan Hospital Pulau Pinang.

" Pemandu kereta pula dipercayai meninggalkan kenderaannya selepas kejadian dan polis kini sedang mengesannya," katanya di sini hari ini.

Video kejadian berkenaan turut tular selepas dikongsi pengguna Facebook antara lain menunjukkan mangsa terbaring di tengah jalan manakala keadaan berselerak di tempat kejadian.

Mengulas lanjut, Anuar memberitahu, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Utusan Online

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain